Penulis: Yvonne Lee
Penerbit:
Gradien Mediatama
Harga baru : 30.000
harga bekas di Opioci:20.000
240 halaman
Ingin pesan ? Lihat caranya disini
Kondisi :mulus free sampul
Sinopsis:
Yvonne adalah mantan pramugari sebuah maskapai penerbangan internasional
dan telah mengunjungi lebih dari 50 kota di dunia. Ia banyak menuliskan
pengalamannya di majalah dan suratkabar. Bukunya ini, menjadi salah
satu buku bestseller di Malaysia.
---
“Anda pramugari? Tentu glamour! Betapa bagusnya dapat melancong dan
membeli-belah di kota raya mewah seperti Paris, London, dan New York!”
Begitulah tanggapan ramai terhadap pramugari dan pramugara yang bertugas
di langit biru. Yvonne memaparkan adegan-adegan yang mencuit hati dan
aneh di kalangan penumpang yang kali pertama menaiki pesawat hinggalah
penumpang ternama. Ini semua adalah pengalaman gokilnya ketika bertugas
sebagai pramugari.
“Sebagai pramugari, Yvonne melalui kehidupan yang menarik. Dia
menghadapi manusia yang bermacam-macam ragam dan perlakuan. Hasilnya,
buku nurkilan bertajuk The Sky is Crazy terhasil” (The Straits Times,
Singapura)
“Bahasa yang penuh ekspresi dan lucu, benar-benar membawa imaginasi pembaca” (KOSMO, Malaysia)
“Ragam manusia, seperti mana yang cuba diselami oleh Yvonne adalah sukar
untuk diduga, lebih-lebih lagi di udara. Daripada pemerhatiannya
sebagai pramugari, Yvonne sememangnya memiliki jiwa antropologi” (South
China Morning Post, Hong Kong)
“Adakah pramugari golongan gadis glamor atau sekadar seorang pelayan
biasa? Adakah terdapat kepahitan di sebalik senyuman manis itu? Apakah
yang dilakukan apabila mereka tiba di lapangan terbang yang berikutnya?
Dalam penceritaan pelbagai kisah di awan biru ini, Yvonne menyingkap
pengalamannya semasa ber-tugas sebagai pramugari, termasuklah melayan
kerenah [perilaku] penumpang yang aneh-aneh. Buku ini ditulis dengan
penuh pera-saan dan mengandungi banyak kisah lucu. Sesetengah ceritanya
membuat saya ketawa terbahak-bahak kerana Yvonne bijak ber-main dengan
kata-kata dan menggunakan ekspresi-ekspresi yang menyegarkan dan
bersahaja.” (Kee Thuan Chye, Penulis drama, pengarang, pelakon,
wartawan)
“Suatu pendedahan yang begitu menghiburkan ... peristiwa yang berlaku di
ketinggian 35.000 kaki diluahkan oleh Yvonne dengan begitu berkesan.
Karya ini berjaya membongkar peranan pramu-gari yang jarang sekali
diketahui oleh orang ramai.” (Kapten (R) Xaxier CE Tan, Bekas Ketua
Juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia)
“Selamat kerana menulis dan menceritakan kisah-kisah Anda yang
menghiburkan. Buku ini mesti dibaca oleh setiap penumpang dan anak-anak
kapal yang ingin terus gembira dan tersenyum ketika bertugas di pesawat
yang berada 35.000 kaki di atas awan.” (Christine Khor, Timbalan
Pengurus Besar, Pusat Kesenian Universiti Nasional Singapura (NUS) yang
juga seorang perunding untuk Lembaga Pelancongan Singapura)
“Begitu banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum sesebuah pesawat
berlepas dan buku ini memaparkan pendekatan pada sesuatu keadaan yang
dialami dalam bentuk positif dan melucu-kan, dan ini merupakan sesuatu
yang menyeronokkan serta me-nyenangkan. Gaya penceritaan yang bersahaja
oleh penulisnya sudah tentu dapat menggembirakan anak-anak kapal yang
bertu-gas jauh tinggi di stratosfera [angkasa].” (Anne Koh Nguk Yee,
Bekas Wartawan Kanan The Straits Times, Singapura)
“Buku ini begitu mencuit hati dengan kisah-kisah menarik dan membolehkan
pembaca memahami lebih dekat kehidupan anakanak kapal [pesawat],
melalui kisah-kisah dan pengalaman peribadi orang yang mengalaminya
sendiri.” (LydiaTeh, Penulis buku Life’s Like That: Scenes From
Malaysian Life)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar